Inilah rumah Tok Mohamad Baki bin Mahbub di Kampung Ayer Mati. Selepas Opah Saedah kahwin dengan Pak Hassan dari Durian Sebatang, rumah ini telah dijual. Pak Hassan bekerja sebagai pemandu beca di Durian Sebatang dan bukanlah orang yang mewah.
Aku tidak pasti kenapa rumah ini perlu dijual. Apabila rumah ini dijual, Opah Saedah pindah ke Durian Sebatang , duduk sebelah dengan Pak Alias / Wan Mahami. Kemudian Opah Saedah sewa bawah rumah orang. Daif sekali. Keadaannya macamlah dalam filem Ibu Mertuaku, arahan P Ramlee tu.
Segala harta yang tinggal diagihkan kepada adik-beradik apak seperti pinggan mangkuk, almari meja dan sebagainya. Apak ambil lemari hitam dan meja makan. Pak Usu pula diberikan pinggan mangkuk 'antik' . Semasa adik beradik apak mesyuarat tentang pembahagian itu, aku ada sama dan pasang telinga. Yah Ngah Abdul Hamid selaku penghulu banyak memainkan peranan untuk menguruskan pembahagian tanah durian Kampung Padang, tanah durian Rantau Panjang, tanah getah belakang, ranah durian sebelah rumah, tapak rumah ini dan sebagainya.
Seingat aku, rumah ini ada satu bilik sahaja. Ketika tok sakit, tok terbaring di anjung rumah sahaja. Beberapa orang bomoh datang dan menghalau belalang 'pelesit'. Kaki tok disepit dengan kayu 'pensel'.
'
Depan rumah Wan Chor, depan rumah ini adal 'gelanggang' badminton. Sebelahnya ialah rumah Ji Zaberi atau Mohamad Nizam Zamberi. Aku dengan Abdul Wahid, Mudin cucu Wan Intan selalu berlatih bermain badminton.
Kemudian Yop Ja bina rumah baru setelah lama bekerja sebagai Askar Regimen Renjer. Masa itu, Yop Ja hendak berkahwin dengan Kak yong anak Pak Harun Jengkut dari Kampung Padang. Rumah Wan Chor memang sangat uzur aku lihat . Apabila hari raya, keme berkesempatan beraya di rumah Ji dan rumah Wan Chor Zakiah.
Pak Zaberi atau Pak Beri bekerja sebagai peraih ikan di Pasir Salak dan sekitar Kampung Biak kut. Sebabnya dia memang orang Biak. Rambutnya sedikit kerinting dan kurus . Pak Beri berkahwin dengan Wan Shun dan mendapat anak ; Mohd Nizam (Ji), Ja dan seorang lagi. Setelah Ji bekerja dengan Amanah Saham Nasional di KL kemudian di Rapat Setia, mereka pindah ke Kampung Biak.



